Perutusan Ketua Setiausaha Negara

Salam Sejahtera Malaysia


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk memperbaharui sistem perkhidmatan awam selaku Ketua Setiausaha Negara ke-14.

Perkhidmatan Awam sangat sinonim sebagai tulang belakang kepada Kerajaan Malaysia dan di alaf Malaysia Baharu ini Perkhidmatan Awam akan terus memainkan peranan yang besar dalam mempertingkatkan pencapaian Malaysia secara amnya. Justeru, suka saya mengingatkan untuk Penjawat Awam agar meneruskan budaya kerja yang penuh beretika dan sudah tiba masanya untuk kita ‘step up the game’ dalam mensejahterakan Malaysia Baharu ini.

Saya juga ingin mengingatkan Penjawat Awam untuk sentiasa menjalankan tugas mengikut prosedur pengendalian standard tanpa memihak kepada mana mana pihak. Penjawat Awam perlu mampu untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan dengan penuh amanah dan iltizam. Kita merupakan tulang belakang kepada Malaysia dan Kerajaan, oleh itu ayuh kita berusaha dengan lebih keras dalam memastikan Negara Malaysia yang kita cintai akan terus maju dan sejahtera.




DR. ISMAIL BIN HJ. BAKAR
Ketua Setiausaha Negara